Thursday, September 24, 2009

WARNA JIWA WARNI RASA


Ketenangan dalam kekalutan
Kedamaian dalam kehibaan
Keceriaan dalam keperitan
Kebahagiaan dalam kesedihan
Kekuatan dalam kerapuhan
Kelebihan dalam kekurangan
Kecintaan dalam kebencian
Kerinduan dalam kehilangan

Selaut kalutnya
Segunung hibanya
Seberkas peritnya
Setakung sedihnya
Serelung rapuhnya
Sebatas kurangnya
Sedenai bencinya
Semuara hilangnya

Sungguhpun begitu, masih ada ...

Setitis bahagianya
Sebusut damainya
Sejalur cerianya
Sebutir bahagianya
Sepetak kuatnya
Segaris lebihnya
Sekebun cintanya
Dan
Setasik rindunya ...

Innallahu ma’ana =)