Tuesday, June 30, 2009

AKU DAN TUHANKU


Terkadang, kuingin rasa sedih
Kerana ia membawaku kepada Mu,
Terkadang, kuingin dihimpit derita
Kerana ia mengingatkanku kepada Mu,
Terkadang, kuingin terus diuji 
Kerana, ia mengubat bahagia ku

Ya Allah,
Andai terus terusan aku diberi bahagia
Bimbang andainya aku lalai mencintai Mu,
Bimbang andainya aku terpesona dengannya,
Bimbang andainya aku kejauhan dari Mu

Bagiku Tuhanku,
Pedih itu manis pabila dengan Mu,
Sakit itu indahnya pabila mengadu pada Mu, 
Sedih itu bahagia pabila berkongsi dengan Mu

Tatkala bahagia,
Diri dihimpit sebuah rasa
Tatkala ceria,
Diri dipagut seribu sentosa
Tatkala ketawa gembira,
Diri disalut alpa dan leka
Masihkah Kau izinkan aku berpegang pada tali Mu, ya Allah?