Friday, September 25, 2009

ANTARA DUA WANGIAN


Antara dua wangian
yang dihadiahkan kepadaku, 
Sukar untuk ku letakkan
yang mana teristimewa di hatiku,

Ku cium yang pertama,
Ku senyum bahagia
Aku sudah terbiasa dengannya,

Ku cium pula yang kedua,
Ternyata inilah wangian yang ku cari sekian lama,

Namun,
Mungkinkah bagiku menerima kedua-duanya?
Terasa diriku terlalu kerdil
Untuk kedua-duanya yang sama hebatnya,

Lantas …
Ku putuskan,
Untuk mengembalikan kedua-duanya
Ke tangan YANG LEBIH BERHAK untuk menilainya