Saturday, November 28, 2009

CAHAYA ITU

Kilauan permata tak menyilau mata

hatta kita terpejam dek pencarannya

Terang

ah, itu semua khayalan

Pedulikan sahaja mainan dunia

usah terpedaya

Teguhlah jiwa dengan sopan

agar diri

jadi ikutan

jadi teladan

Bukan cemuhan 

bukan jua umpatan 

 

Cahaya itu

Ya, cahaya itu

tapi ia bukan cahaya permata 

Subhanallah! 

Apakah ia? 

sungguh mempesona

Namun tak sesekali melekakan jiwa

Kagum ... Takjub ... Aku terpaku

 

Aku mahu

Aku ingin begitu

Aku mahu 

menjadi sepertinya 

Srikandi yang bahagia

tenteram dan ceria 

Menyimbahkan cahaya iman 

Gelengan tegas 

tidak kerana ingkar!

Namun 

takut dan patuhkan Allah

 

Ya Allah ... 

Bawalah aku merasai kehangatan cinta MU

Kenalilah aku akan cahaya itu 

Redhailah perjalanan hidupku


December 24 2008 ~ 2:02 am