Saturday, November 28, 2009

JANGAN HANYA SANDARKAN PADA KENANGAN

Jangan hanya sandarkan pada kenangan tapi sandarkanlah kasih dan cintamu hanya buat yang selayaknya yakni ALLAH rabbul 'izzati ... Jika seketika diri merasa sendirian dan perlukan 'seseorang' utk menjadi pendampingmu, carilah DIA yang tak pernah berada jauh darimu. Seringkali kita lupa bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun ... DIA tetap ada untuk menjadi pelindung kita. 

Walaupun di saat kita merasa sungguh lemah tak berdaya ... sedih tak berpunca ... diam seribu kata ... gagal walau berusaha ... atau dipulaukan tanpa usul periksa ... DIA tetap disamping kita. Yakinlah bahawa ALLAH itu tidak pernah melupakan kita. Hamparkanlah kasih dan cintamu hanya pada NYA. Mungkin ada di antara kita pernah mengenali apa itu cinta? Mungkin ada juga yang pernah merasakan manisnya bercinta? Dan tak mustahil ada yang pernah merasakan sakit akibat cinta? Tafsiran cinta itu berbeda di antara satu sama lain. 

Bagi yang pernah merasakan bahagianya cinta akan berkata ; cinta itu manis. Bagi yang pernah mengalami kelukaan angkara cinta pula akan berkata ; cinta itu sepahit hempedu. Dan bagi yang tidak pernah mempedulikan kewujudan cinta ; ada apa dengan cinta? Banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan selain cinta!

ALLAH menciptakan manusia daripada pelbagai jenis tanah dan mewarisi generasi yang berlainan. Maka, bukan menjadi suatu isu yang luar biasa sekiranya pendapat masing-masing ada pro dan kontranya. Berbalik kepada topik asal yang sedang dibincangkan, jangan hanya sandarkan pada kenangan. Benar, kenangan itu memang indah namun terkadang hati kita menjadi remuk kerana kenangan. Tidak semua kenangan itu indah seperti namanya. Fitrah manusia itu gemar mengingati sesuatu yang telah berlalu dan ada juga yang berharap ia akan berulang lagi.

Walau apa pun, waktu tidak pernah boleh berputar kembali. Apa sahaja kenangan yang telah berlalu biarkn ia berlalu ... Let bygone be bygones ... Apa yang perlu difikirkn adalah masa hadapan yang sentiasa setia untuk kita tempuhi. Bukanlah tujuan utama untuk menjadi pesimis terhadap pencinta kenangan, tapi, dengan mengingati kenangan yang berlebihan membuatkan kita leka dan lalai pada tanggungjawab kita yang paling utama berada di BUMI ALLAH ini iaitu menjadi khalifah NYA. 

Ingatan yang tidak berlebihan boleh menjadikan panduan untuk lebih maju pada masa hadapan, bukan itu sahaja, bahkan juga membuatkan kita lebih berhati-hati terhadap setiap keputusan yang ingin dibuat. Kasih dan sayang kita hanyalah untuk DIA. Dari DIA kita datang dan kepada DIA juga kita bakal kembali. Tetapkanlah di dalam hati bahawa cinta dan kasih pada KHALIQ adalah sebenar-banar cinta dan ianya sejati dan abadi tanpa ada sedikitpun rasa rugi. Ingatilah ALLAH di setiap degupan jantungmu, di setiap helaan nafasmu, di setiap kelipan matamu, di setiap pergerakan anggotamu dan di setiap lafaz bait kata2 mu. Insyaallah diberkati.