Saturday, November 28, 2009

MENGAPA DIRIKU

Hmmm … mengapa diriku? Ini bukan keluhan. Tapi lontaran persoalan yang perlu dijawab. Bukan juga untuk melahirkan rasa tidak puas yang meraja di hati. Tapi sebagai peringatan kepada diri bahawa hidup ni bukan sekadar utk ketawa mahupun bersuka ria.


“ujian pada hati selalu datang mengunjungi,

tak kira siang atau malam hari,

tak kira gembira atau sunyi,

sungguh ia amat berat bila dirasai,

apatah lagi terlalu dalam untuk difahami, 

bantulah aku Ya Allah Wahai Pemilik Rahsia2 Hati.


Tersedarkah kita dari lamunan bahawa ujian yang ALLAH turunkan buat hamba2NYA ada sebab & musababnya? Setiap perkara yang acapkali kita anggap ‘masalah’ itu sering datang dengan ‘penyelesaiannya’ sekali. Tapi, untuk menemukan ‘penyelesaiannya’ bukanlah suatu jalan yang mudah. “SABAR” ^_^ ya, itu kuncinya. Untuk mengatasi gelojak jiwa yang tak tahu hujung pangkalnya apabila berhadapan dengan masalah juga bukan perkara yang mudah. Tapi setiap orang MAMPU mengatasinya. Yakinlah! Ia ada di dalam diri sahabat2 sekalian.


~ Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan 

Sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah2an. 

Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar iaitu

orang2 yang apabila ditimpa musibah;

mereka mengucapkan ‘innalillahi wa inna ilaihi raji’uun ~

al-Baqarah 2 : 155 - 156

Atasi setiap satunya dengan tenang, kerana dengan ketenangan, semua perkara akan lebih teratur & lancar insya ALLAH ... Gerudilah segala punca @ asbab ‘masalah’ itu berlaku. Fikirkan dengan minda yang rasional. Pasakkan dalam diri bahawa >>> AKU MAMPU MENGHADAPI ‘ANUGERAH’ YANG ALLAH KURNIAKAN INI =) Tunjangkan di ingatanmu bahawa ...


~ ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya 

........................

Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kami,

Apa yang tak sanggup kami memikulnya ~

al-Baqarah 2 : 286


Berbahagialah diri kerana kita adalah INSAN TERPILIH! Jangan mudah bersedih. KITA BERTUAH. Tahulah sahabat2 ku yang ALLAH sangat dekat dengan kita ^_^ ALLAH tidak menyisihkan kita dari rahmat & perlindunganNYA ^_^ Ambillah peluang ini untuk menggapai cinta Maha Pencipta ^_^ Sesungguhnya apa sahaja yang dianggap ‘masalah’ adalah ‘hadiah’ dari ALLAH s.w.t ...

Mengapa diriku? Diharapkan ianya sudah terjawab insya ALLAH. Saat sahabat2 menerima amanah ‘masalah’ dalam hidup, ingat THING COMES FOR A REASON! Sebabnya juga sudah dirungkai. Bukan senang nak senang tapi sebagai insan yang dilahirkan dalam nikmat IMAN & ISLAM, kita ada wasilah yang telah disediakan untuk kita tuju.


“andai diri rasa lemah,

andai diri bagai mahu rebah,

andai jiwa rasa resah, 

andai hati dilanda gundah, 

andai diri resah gelisah ... 

jangan bimbang!

ALLAH ada menemanimu,

di setiap saat dan waktu,

di kala lena dan jagamu,

di permulaan dan penghujung hidupmu,

tatkala gembira dan dukamu!”