Saturday, November 28, 2009

MENGAPA TAK SEINDAH MIMPI

Begitu indahkah sebuah mimpi hingga mampu menguasai diri manusia itu? Ataukah mimpi hanya sekadar penyeri malam yang bertamu? Ataukah juga mimpi cuma igauan yang tidak diingini oleh sesetengah manusia? Persoalan yang sukar dijawab dengan sebuah jawaban ringkas ... Mimpi atau impian ... Dua kalimah yang hampir mirip tapi membawa tafsiran yang berbeda. serupa tapi tak sama. Bagi diriku, mimpi sebuah anugerah Allah yang maksudnya boleh dimengerti dengan pelbagai sudut pandangan. Manakala impian merupakan sebuah pengharapan yang adakalanya amat futuristik dan sukar difahami oleh minda sedar manusia.

Impian yang digantung di sudut hati setiap manusia yang bernyawa adalah berlainan. Ada yang mahukan sesuatu yang dia sudah pasti dapat menggenggamnya erat tanpa perlu melepaskannya semula. sungguhpun begitu, ada juga yang mahukan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti bila dia akan mengecapinya! Amat kompleks manusia yang dicipta Allah s.w.t ini. Maka bersyukurlah selalu kerana sifat manusia yang kompleks ini menjadikan manusia begitu istimewa. ALHAMDULILLAH.

Tak seindah mimpi ... Benar. Apa sahaja yang kita lalui saban hari tidaklah seindah mimpi yang kita layari tatkala bintang berkelip di dada langit. Tambahan pula, insan yang bergelar manusia ini gemar mimpikan perkara-perkara yang amat sukar dan jauh untuk dicapai dengan mata kasar. Oleh sebab obses pada suatu yang tidak pasti, terkadang kita lupa dan lebih tepat lagi ... Melupakan apa yang telah ada ~ dianugerahkan ~ di sisi dan paling hampir dengan kita. 

Terkadang kita menjauhi sesuatu yang telah disediakan khas buat kita kerana terlalu ingin mengejar mimpi kesukaan kita. Terkadang juga kita mengabaikan sesuatu yang sentiasa menjadi pembakar semangat untuk kita terus hidup. Manusia itu leka, manusia itu lalai, manusia itu alpa ... Seringkali mengenepikan apa yang sepatutnya dan mencari apa yang tidak patut. Dungukah manusia bernama manusia apabila menjadikan manisnya mimpi sebagai langkah-langkah menuju kebahagiaan?

Sedarlah wahai insan yang bernama manusia ... Engkau dicipta untuk menjadi khalifah di bumi Allah yang fana' ini! Engkau bukan dijadikan hanya untuk menggoyang kaki sambil menikmati kemaksiatan yang kau sendiri tahu hukumnya! Engkau tidak dicipta untuk memusnah impian manusia lain untuk terus hidup bahagia! engkau tidak pernah dijadikan hanya untuk mengejar sebuah mimpi yang tak pasti!

BERUSAHALAH wahai insan yang bergelar manusia selagi degupan jantungmu masih senada ... BERHENTILAH dari terus berharap tanpa bangkit dan merubahnya menjadi kenyataan & bukan lagi mimpi ... BERMUNAJATLAH hanya pada yang satu iaitu Allah kerana hanya DIA yang memahami rintihanmu & kehendakmu ... BERSABARLAH wahai manusia kerana apa yang kau hajati tidak akan dimakbulkan dengan sekali doa. BERILAH seluruh jiwa ragamu hanya untuk DIA, kerana ia bukti kau benar-benar mendambakan bantuanNYA ... BERTAWAKKALLAH pada Allah atas apa yang kau harapkan itu ... akhirnya, redhakanlah dirimu atas apa yang telah ditulis buatmu andai apa yang terjadi TAK SEINDAH MIMPI ^_^

Insyaallah diri kita yang bergelar manusia ini akan lebih dekat dan hampir dengan kuatnya pergantungan pada ALLAH S.W.T . Innallahu ma'ana ~ Sesungguhnya Allah bersama kita ~ ... Amiiinnn ...