Monday, January 12, 2009

RASA ITU


 Maaf jika aku tak menyapa 

ada batasan yang perlu dijaga

Maaf jika aku tak bertanya

ada halangan yang harus diutama

Maaf jika aku berlebihan bicara

andai hati terbawa lagha

Maaf jika aku berlanjutan kata 

andai fikiran dan iman terbawa melayang


Sungguh aku tidak berdaya

Hanya pada Allah selayaknya

Ku halakan segalanya

Bukan pada hambaNya

yang bukanlah siapa-siapa

Sungguh aku pohon padamu

halangilah rasa itu

Sungguh aku yakin padamu

jagalah hatimu

Kerana semua rasa itu

bukanlah selayaknya untukku

Kerana rasa itu

hanya atas nama Tuhanmu dan Tuhanku

yakni Allah yang Maha Tahu!!!