Saturday, November 28, 2009

WARISAN MELAYU KITA

“Masuk kandang kambing mengembek … Masuk kandang lembu menguak” 

Peribahasa Melayu sangat indah. Alam ciptaan ALLAH juga yang dijadikan persampelan. Yang difahami maksudnya adalah ... pandai menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Sungguh pun begitu, janganlah sehingga kita hilang jati diri kita sendiri! Terlalu ingin menyesuaikan diri, lantas jati diri kita pula yang terhakis. Na’uzubillah ...

Berbuat sesuatu itu perlulah berpada-pada. Tidak terlalu berlebihan dan tidak pula terlalu berkurangan. Ajaran Islam juga menggariskan konsep kesederhanaan (wasatiah) dalam mu’amalah seharian. Kita sama sekali tidak tahu apa impak yang bakal berlaku jika kita melakukan sesuatu itu secara berlebihan. Namun, Islam juga tidak menghalang kita untuk berbuat sesuatu secara bersungguh-sungguh!

Jangan kita salah tafsirkan! Melakukan sesuatu perkara secara bersungguh-sungguh itu adalah setelah kita mengenalpasti segala positif dan negatifnya perkara itu. Bermakna kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan berbagai-bagai kemungkinan yang tidak mustahil berlaku sepanjang melaksanakan pekerjaan kita itu.

Oleh itu, letakkan sesuatu itu pada tempatnya (fi mahally) ... walau bagaimana pelik sekalipun ia kelihatan di mata kita, tetapi jika diletakkan pada tempatnya, insya ALLAH ia adalah benar.

Peribahasa Melayu tidak sekadar nilaian harfiah semata-mata, tapi kita harus memikirkan perkara yang diluar ruang lingkupnya juga. Mungkin juga pada perkara yang ‘seperti’ tiada kaitan secara verbal. PLEASE THINK OUT OF DA BOX ^_~ Pengaplikasiannya adalah bersifat menyeluruh dan umum. Tiada spesifikasi bagi mana-mana pihak.

Secara tak langsung, peribahasa Melayu yang merupakan warisan nenek moyang kita telah memberikan ‘sesuatu’ yang amat bermanfaat bukan sahaja pada maknanya tapi juga pada penerapan nilai murninya. Ia membentuk kita agar lebih positif dan inovatif dalam hidup bermasyarakat! Sesungguhnya sesuatu yang bersifat ‘lama’ >>> warisan itu tinggi nilainya!

~ Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tiada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya ~

- Voltaire - 

* Penambahan penulis ...

Melainkan dengan kuasa ALLAH ^_^  

 

~ Eyes wide open does not mean anything; if you close your heart to see ~

Goldtinted ^_^


*  Penjelasan penulis ...

Mata hati yang ikhlas akan melihat lebih jelas berbanding mata zahir yang terbuka luas tapi penuh dengan kepura-puraan ...