Tuesday, April 12, 2011

CINTA ABI DAN UMMI :)

Maryam as-Sakeenah terkesima, matanya berkelip-kelip penuh kilauan, senyumannya leret hingga menampakkan tulang pipinya yang cantik; namun sering tersembunyi di balik tudung yang dikenakan. Sinar wajahnya bercahaya, deruan rasa bahagia menerpa ke seluruh anggota. Subhanallah, dia benar-benar terpana! Indahnya kisah cinta antara abi dan ummi. Kisah cinta yang terpelihara dari sebarang noda, lalu diberkahi dengan doa seluruh manusia; seisi alam maya serta dipayungi rahmat dari Allah yang Maha Mencipta.

Benarlah, cinta zaman dahulu kekal hingga ke hujung nyawa. Cinta bermula tanpa perlu mengenali mahupun bersua muka. Cinta yang terpatri tatkala doa yang dianyam diperkenan Allah, Pemilik Seluruh Cinta. Cinta berputik tatkala lafaz ijab dan qabul bersemi suci. Cinta kalian cinta murni, wahai abi dan ummi; cinta yang dipupuk kerana Ilahi. Cinta yang penuh dengan rasa malu dan silu. Cinta yang syahdu mengharap rindu untuk bertemu apabila terpisah sementara kerana ilmu. Cinta kalian cinta yang diberkah Ilahi, tanpa ragu atau pun keliru. Cinta yang melahirkan kami semua sebagai buah cintamu. Cinta yang dilentur dengan kalimah yang teratur, tiada pahit apalagi hempedu. Abi dan ummi kesayanganku, doakanlah buatku agar anakmu merasai indahnya bercinta sepertimu! Subhanallah!

“Ya Allah, Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang. Sembah syukur ke hadrat Mu kerana melahirkan diriku, hamba Mu dari ikatan suci abi dan ummi. Berkahilah pernikahan mereka selamanya ya Allah. Titipkanlah limpahan kasih, sayang dan cinta yang tiada penghujungnya antara kedua mereka ya Allah. Ku pohon dengan sesungguhnya ya Allah, bahagiakanlah mereka dengan khabar-khabar gembira dari ‘semaian-semaian cinta mereka’ yang ditarbiah, dita’dib dan dita’lim dengan sempurna sejak di dalam kandungan ummi lagi. Bahagiakanlah mereka ya Allah, bahagiakanlah mereka ya Rabbi. Sungguh, jasa dan pengorbanan mereka sangat indah dan mempesona. Tak mampu ku balas meski dianugerah 100 tahun usia di bumi ini. Merekalah harta yang paling berharga buatku, makbulkanlah doa mereka dan anugerahkanlah yang terbaik antara yang terbaik buat mereka kerana hanya diriMu ya Allah yang mampu memberikan segala sesuatu yang terbaik kepada mereka. Amiiin.” Doa Maryam as-Sakeenah diiringi linangan airmata bahagia. Kisah cinta abi dan ummi akan sentiasa mekar di hatinya. Sentiasa dijadikan panduan dan garis pengukur dalam menemukan cintanya.

L.O.V.E isn't the matter of saying ' I LOVE YOU ' though. but, it is the matter of nurturing faith and believe to ALLAH together. Learn to love the things that your loves one do like, scraping away the things that your loves one hate the most. Climbing till you reach the top of sincerity and trust towards each other. Bruise all pains and fears in your loves one with your enchanted generous heart. Never let go your loves one especially in the condition of cloudy and angry towards you. Leave the past to built the new life stronger than you have ever thought. (Tinta Emas)