Sunday, July 31, 2011

ADIKKU MAWAR BERDURI


Duhai mawar berduri
Istimewanya dirimu dengan duri
Duri yang tajam memagar diri

Duhai mawar berduri
Kalian adik akak yang disayangi
Teguh bicaramu meyakinkan
Gelak tawamu menghiburkan

Duhai mawar berduri
Istimewa bukan hanya kerana duri
Istimewa kerana tegasnya peribadi
Mengatakan tidak pada yang dilarang
Akur pada perintah Allah yang menghalang

Duhai adik akak yang disayangi
Kalianlah mawar berduri
Kekallah sebegini
Terus ke akhirnya
Moga kalianlah barisan srikandi Islam
Insan pilihan yang disayang Tuhan.