Monday, August 1, 2011

Kemuliaan dari Allah Khas buat Hamba NYA

Sedikit perkongsian dari buku yang penuh manfaat bertajuk, “Esok Penuh Ceria” oleh Ustaz Safwan Fathy. Sangat menarik perhatianku, menyentuh rasaku dan menginsafkan akalku :)

Rasululllah saw bersabda:

“Hendaklah kamu bangun melakukan ibadah pada waktu malam, kerana ia adalah kebiasaan orang-orang yang soleh yang lalu sebelum kamu; sebagai jalan yang dapat mendekatkan dirimu kepada Allah, penghapus dosa, pencegah kejahatan dan menolak penyakit daripada jasad.”


Menerusi hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya;

“Sesiapa mendirikan solat malam berserta memelihara solat fardhu, nescaya Allah akan memberikan sembilan kemuliaan - lima di dunia dan empat di akhirat.”

“Lima kemuliaan di dunia itu ialah:
1) dipelihara dirinya daripada segala penyakit,
2) kelihatan pada wajahnya tanda-tanda sebagai orang yang taat kepada Allah,
3) dikasihi oleh sekalian mukmin dan seluruh manusia,
4) percakapannya mengandungi hikmah, dan
5) dikurniakan kebijaksanaan dengan akal fikiran yang cerdas.”

“Sementara empat di akhirat ialah:
1) dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri,
2) dipermudahkan hisab,
3) cepat melangkah titian Siratul Mustaqim seperti kilat, dan
4) diserah suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan (petanda ahli syurga).”