Wednesday, August 31, 2011

SAMA DAN BERBEZA


Mereka mampu berkata, 
kerana itu hak yang mereka punya

Lalu, 
salahkah aku yang tidak berfikiran seperti mereka?

Andai mereka tahu letak duduk keadaan yang sebenarnya,

Pasti mereka lebih berkira-kira dalam menukilkan kalam pandangan mereka,



Bukan tidak bersetuju dengan pendapat mereka,

Sekadar ingin meluahkan rasa yang terbuku di dada,

Bahawa aku punya pendapat yang berbeza,

Lantaran situasiku dan mereka yang jauh sekali daripada kalimat ‘sama’


Cara yang kita perlu mungkin serupa dan tidak mustahil caranya satu cuma,

Namun, maqasid kita tentu sahaja berbeza,

Keperluan kita juga berbeza,

Apatah lagi tuntutan hidup yang sama sekali tak sama



Ingatan buat manusia agar sama-sama mengkoreksi minda,

Luaskan mata zahirmu dan mata hatimu,

Kerana apa yang disangka tak selalunya sama dengan apa yang sebenarnya,

Perbezaan yang ketara akan muncul di udara andai tiba-tiba dikau berada di kelompok mereka.



Hasbiyallahu wa ni’mal wakiiil ... wallahu’alam.