Thursday, May 10, 2012

Are You an FB Addict?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM… 


Lama menyepi, sekarang muncul kembali. Tulisan kali ni agak santai dan ringan, tapi kalian perlu juga menilai frasa-frasa yang saya gunakan ni. Mana tahu, ada yang tidak kena dengan arus pemikiran kalian. Ampun dan maaf saya dahulukan. Biarlah saya mula dengan pendapat saya yang sangat dhaif ini ya? 



“Laman muka buku bukan pilihan utamaku, ia sangat terhad untuk merungkai apa yang terbuku. Terlajak menghurai, peluang bagimu menilai aku. Terlebih menghurai, bahaya yang datang padaku. Bagiku, laman muka buku wajar ku panggil ‘laman untuk kamu tahu segala-galanya tentang aku’ atau salah tak jika pendapatku yang laman muka buku sebagai ‘laman kau perlu tahu inilah aku’ ... sangat tak sweet kan? 


Laman muka buku bagiku seperti ‘laman mengumpul like dan comment yang beribu-ribu’ ... wah!” 

Mengapalah saya jadi sarkastik begini? Kedengarannya seperti keadaan mental yang agak parah. Hehe. 


Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang laman muka buku ni dah agak lama, cuma masa dan kelapangan membataskan. Rutin yang agak kerap saya buat bukanlah mengemaskini status di laman muka buku seperti kebanyakan muda mudi sekarang ni. Saya jadi clueless setiap kali saya log masuk ID saya di laman tersebut. 


Makanya, pengguna setia Yahoo seperti saya yang dah dekat 11 tahun menggunakan alamat e-mel yang sama ni akan menyemak e-mel masuk di inbox dengan kerap. 




Apa yang saya temukan sejak mendaftar jadi salah seorang ahli laman tersebut, inbox saya dihujani kebanjiran notification dan pelbagai spam yang merimaskan. Huhu. Jangan kecil hati ya dengan ‘kerimasan’ saya ni :)  Bare with me, hehe. 



Dengan lambakan e-mel di akaun Yahoo saya sudah cukup memeningkan saya untuk membacanya. Bayangkan jika notification thread yang dihantar bagi sekeping gambar yang diupload dan ditagged nama saya mendorong kepada berpuluh-puluh notification e-mail dihantar ke inbox saya :( Nak dibuang terus, hati tak sampai ... Nak baca semua, mata tak sanggup nak baca. Kadangkala bila saya join mana-mana group yang turut disertai orang yang sama, pesanan yang sama akan saya dapat berulang-ulang kali pula. 

Benar, Baginda s.a.w ada bersabda: 
Ballighu ‘anni walau aayah ...
yang bermaksud 
“Sampaikanlah pesan walau dengan satu ayat ...” 

Tapi, kalian fikirkanlah bersama apa yang akan kalian lakukan jika hal ini berlaku kepada kalian. Lantaran itu, saya jadi berfikir perkara yang agak ‘tak baik’ terhadap tindakan baik mereka ini.


“Mereka yang post banyak-banyak peringatan ni baca tak dahulu post yang dihantar itu sedalam-dalamnya, faham sangat-sangat dah ke eh?” 
“Mereka yang dapat post ni semua baca ke sebenarnya, atau hanya forward semula kepada group lain tanpa membacanya langsung?” dan ... 
“Mereka semua ni tak ada aktiviti lain ke selain dari online di laman muka buku dan post perkara-perkara kebaikan ni berbanding jumpa komuniti masyarakat dan jalankan qudwah hasanah di alam realiti?” atau 
“Mereka ni ada tak sampaikan peringatan yang sama kepada keluarga terdekat mereka berbanding manusia-manusia yang ajnabi ni?”


Lebih kasar dan tegas berbanding pendapat saya di awal tulisan saya tadi kan? Maaf saya pinta sesungguhnya kerana itulah adalah pendapat jujur saya yang lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Pendapat ini mungkin menggores hati kalian, namun, apa yang saya harapkan cuma sedikit waktu kalian luangkan untuk sama-sama bermuhasabah dengan saya tentang luahan hati saya ni. 



Kalian yang saya sayangi, ini bukanlah luahan tidak puas hati. Bahkan, ini hasil perbualan saya dengan bonda tercinta saya satu ketika dahulu. Bonda saya tidak memerlukan akaun muka buku untuk memantau kami, bahkan dia juga bukan bonda yang tahu dunia ICT seperti kebanyakan ibubapa kalian. Dia juga tidak tahu bagaimana berfungsinya sesebuah notebook atau laman sesawang itu. 



Dunia pekerjaannya dahulu sangat ringkas, tidak seperti pendidik zaman sekarang yang perlu tahu banyak perkara. Bonda saya bukanlah seorang bonda yang perlu tahu itu semua untuk memantau aktiviti anak-anaknya. Dia hanya perlu meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada saya dan abang-abang saya, lantas kami mengambilnya sebagai amanah yang besar untuk dipikul. Apabila saya dan bonda saya bercerita ‘itu’ dan ‘ini’, saya akan cuba menyimpulkan apa yang dia tidak gemar kami lakukan dan apa yang dia benar kami lakukan. Mudah bukan? 



Menjaga maruah dan kehormatan seorang bonda itu bukanlah hanya dengan menjaga diri kita dari berbuat perkara yang zahirnya mungkar sahaja. Semoga Allah s.w.t menjaga langkah dan tingkah kita semua, insyaAllah :) 




Coretan saya ni tidak sesekali ingin menyentuh persoalan gambar-gambar yang diupload tanpa pengawasan yang wajar, mahupun persoalan ikhtilat dan cara percakapan yang tidak membawa agama Islam itu sebagai suatu agama yang murni. Tidak juga membicarakan persoalan komen dan ikhtilat sahabat-sahabat yang sudah berumahtangga yang luar dari kebiasaannya. TIDAK. Saya tidak mahu menyentuh persoalan-persoalan itu. 



Saya bukan orang yang ahli, apatah lagi saya tiada kelayakan untuk memberi komentar tentang perkara-perkara ‘remeh’ sebegitu. Cukuplah hanya iman dan kewarasan saya yang berkomentar dan memilih cara saya sendiri tanpa perlu meluahkan melalui kata-kata kepada umum. Allah Maha Mengetahui dan mampu membolak balikkan hati hamba-hambaNya sekelip mata. Saya tidak mahu hanya kerana saya terlalu berkomentar, Allah s.w.t letakkan saya di kalangan pilihan yang saya pernah tidak memilihnya suatu ketika dahulu. Jom asleh nafsah, wad'u ghairak :)


Nau’zubillah. Astaghfirullahal ‘adzim. Wallahu'alam bissawaab :)



~ spreading love ... sharing a lil thought of mine :) it's nice to get the feedback and please drop it at adibah_te@yahoo.com ~