Tuesday, July 10, 2012

MENJARING REDHANYA


Duhai suka, pergilah menjauh,
Kerana duka kian menyapa,

Duhai bahagia, berhentilah berlabuh,
Kerana kesedihan bakal bersua,

Duhai ceria, usailah berteduh,
Kerana kesayuan seakan berkayuh.


Andai dunia penuh indahnya,

Kuanyam suka tanpa terleka,
Kuratib bahagia tanpa terlupa,
Kuraut ceria tanpa lalai mahupun alpa,

Namun, indahnya dunia ada penamatnya,
Kita semua tak berakhir sama,
Lantaran, neraca Allah yang menghisabnya!


Andai dunia kulihat sederhana,

Pasti terlihat akhirat yang nyata,
Lalu terbayang azab yang baqa’,
Terus merembes titisan taqwa,
Melalui tawakkal dan redha padaNya.


Tiada penamat, tiadalah dunia,
Allah mencipta sangat sempurna,
Dari asal kejadian hingga ke isinya,
Meneropong senja yang bakal tiba,
Semoga tak terlupa persediaan di mahsyarNya!
Amiiin.


Ya Allah, mampukah amalanku diterima?
Ataukah ianya hanya sekecil biji sawi cuma?
Bantulah diriku Wahai Pencipta,
Yang Maha Agung Lagi Besar Pengampunannya :)