Tuesday, September 11, 2012

Kanta Lekap - From User to the Beginner


Bismillahirrahmanirrahim …

Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar kalian yang sedang melayari blog saya sekarang? Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria hendaknya insyaAllah! 




Entah dari mana pula angin saya datang hari ini, untuk berkongsi tentang sedikit tips (dari bukan pakar, hehe) tentang pemakaian kanta lekap. Baiklah, entry hari ni adalah tulen dari pengalaman saya sendiri ya, jika ada yang bercanggah dengan pendapat pakar atau optometrist anda, saya tak tahu ya.


Saya mula (terpaksa) memakai cermin mata sejak akhir tahun 2000 iaitu sewaktu di Tingkatan Dua. Jadi, kira sendirilah umur saya berapa ya, hehe. Saya tak lokek nak kongsi usia saya ;) Seterusnya, saya mula berjinak-jinak dengan dunia kanta lekap ni (terpaksa pakai juga) hehe pada tahun 2004 sewaktu tahun pertama Diploma. Aktiviti kokurikulum (silat) yang memerlukan saya menanggalkan kaca mata sewaktu latihan, menyebabkan saya berminat untuk mencuba kanta lekap ni. Kisahnya, bukan semuanya terpaksalah ya. Hehe. Propa je lebih.


JENAMA / BRAND
Ini adalah senarai jenama yang saya pernah guna, bermula dari awal dahulu sehingga sekarang:
  1. Acuvue®
  2. UVSoft - (tidak menemukan laman web, wujud lagi ke tidak tu wallahu’alam)
  3. SoftLens


Ok. Saya nak kongsi ‘perasaan’ saya pakai jenama-jenama di atas satu persatu. Mula-mula yang diberikan kepada saya dan diajar saya pakai sampai ‘pandai’ pakai + buka sendiri ialah Acuvue® (Johnson & Johnson). Alhamdulillah, boleh tahan la untuk beginner macam saya masa tu.


Seterusnya, habis 3 set yang pertama. Saya diperkenalkan pula dengan UVSoft. Puncanya, jenama Acuvue® habis stok untuk power mata saya. Saya kurang minat untuk order dan datang ambil kemudian. Ya lah, muda lagi masa tu. Bukan tahu pros n cons nya lagi. Nak segera sahaja. Jadi saya guna satu set sahaja kalau tak silap saya. Jenama ni saya tak sesuai langsung. Bukan kurang sesuai lagi. Cacatnya tidak pada produk tapi pada keganasan dan keagresifan saya. Hehe. Nama pun diberi UVSoft. Lembut :) Berlawanan dengan pemakai. Beberapa kali kanta lekap tu melekap ke tepi / belakang mata saya. Faktornya, saya lupa yang saya sedang memakai kanta lekap dan dengan senang hati melelapkan mata di celah-celah senggang kelas tutorial. Tu kan? Tak sesuai. UVSoft ni hanya sesuai untuk mereka yang soft juga. Bukan seperti kategori saya. Perasaan saya ketika pakai jenama ni, macam tak letak apa pun di biji mata saya. Mungkin water percentage untuk lenses tu sangat tinggi, sampai tak rasa apa dan lupa pun menjengah! Hihi. Siapa yang nak tahu perasaan saya ketika berusaha mengeluarkannya dari belakang mata, boleh hubungi saya. Hehe.


Ha, moral of the stories dari UVSoft … tak cari dan tak nak pakai dah! Kalau kalian jumpa dan nak cuba, silakanlah. Tapi pastikan kalian ni kategori soft juga ya. Ketiga ialah Softlens. Seingat saya, jenama ini saya beli satu kotak (3 set - ada untuk 6 biji mata la ya) sahaja kerana malas nak tunggu stok sampai (juga - alasan sama). Rumusan yang boleh saya buat ialah saya bertambah ganas dan agresif. Hehe. Sebab? Kanta lekap itu terkoyak (tercubit sedikit di tepinya). Hihi. Tak sah kalau dua-dua selamat sampai cukup sebulan, mesti nak cacat sikit. Tapi, saya yang kedekut dan slumber ni pakai juga. Kawan yang perasan, memang gelak tak ingat la ;) Tapi, jenama ni saya cadangkan kalian untuk pakai sebab kalian akan rasa kalian pakai kanta lekap tapi masihhh kurang sesuai untuk kalian yang ‘ganas’ ya. He.


Itulah kisahnya tentang jenama kanta lekap yang saya pernah guna. Bagaimana pula dengan yang saya masih guna? Yeah! Semestinya jenama Acuvue® oleh sebab sangat compatible dengan segala-gala keaktifan saya. Jadi, kalian yang baru nak memakai kanta lekap atau nak beralih arah ke jenama lain, saya memang sangat-sangat syorkan jenama ni. Three words to describe are compatible, comfort and awesome! Credit goes to them, none to me. Sekadar berkongsi ‘perasaan’ yang seronok.


SAIZ
Berkait rapat dengan trend sekarang yang ‘gila’kan big-eyes lenses. Mohon maaf. I’m not into it. Saya dah selesa sangat-sangat + bersyukur dengan saiz mata hitam saya ni. Alhamdulillah! Khas buat kalian yang beginner, saiz diameter normal kanta lekap bagi mata hitam (kalau hitam la, yang hazel ke coklat ke biru tu termasuk la ok) TAPI bukan anak mata (pupil) ya … ialah 12 mm.


Saya kata macam tu sebab itulah diameter normal yang akan diberikan kepada saya setiap kali saya membeli kanta lekap di tempat berlainan. Ha, saya hanya beli kanta lekap di optometrist ya! Itu sangat penting untuk mengelakkan barang tiruan yang boleh menjejaskan kesihatan mata kalian. Saya peduli apa dengan stail dan mudah diperolehi, apa yang penting bukan kelihatan cantik di mata orang tapi pandangan saya yang jelas kelihatan bila melihat, hihi ;) 




Saiz yang saya gunakan pula berpandukan semakan pertama yang dibuat oleh optometrist cermin mata saya (awal-awal dulu) yang merekodkan diameter mata saya sesuai dengan kanta lekap berdiameter 14 mm. Maka, saya akan request saiz tersebut. Ia masih kategori normal dan bukan big-sized eyes ya. Bagi yang ‘melampau’ tu, saiznya ialah 16 mm atau beberapa saiz lagi yang saya tak arif. Isk, boleh bernafas ke mata kalian ya? Garu kepala sendiri ;)


Oleh itu, terserah pada kalian nak beli saiz apa. Ikut kesesuaian dan keselesaan mata kalian. Saya boleh cadangkan jika ini kali pertama, kalian pergilah ke pusat cermin mata dan minta optometrist di situ buat compatibility check bagi mata anda. Jangan malu minta pendapat mereka kerana mereka adalah pakar :) Tanya juga saiz yang bersesuaian dengan mata kalian kerana diameter mata orang Malaysia ni berbeza-beza. Mereka akan ukur dahulu saiz mata hitam kalian. Ingat, saiz kanta lekap banyak mempengaruhi keselesaan kalian.


PEMILIHAN KANTA LEKAP
Maksud saya ialah pemilihan asas dari sudut tempoh penggunaan bagi setiap set. Tak termasuk yang berwarna-warni, tak juga yang tiada power (huish, nonsense right?). Kalau saya terangkan, akan jadi panjang sebab saya nak kongsi hal lain lagi. Jadi kalian boleh rujuk link ni, ok ;)


Saya memang pengguna tetap kanta lekap dari kategori Soft Disposable Contact Lenses > Monthly Disposables kerana memenuhi tagline tadi … compatible, comfort & awesome. Lebih-lebih lagi, rutin harian saya tidak memerlukan saya memakai kanta lekap sepanjang masa. Adakalanya, ada bulan-bulan tertentu sahaja yang memerlukan saya sibuk di luar dan ianya lebih praktikal (tidak membazir + jimat) untuk menggunakan jenis pakai buang per bulan.


HARGA (TAK TERMASUK MULTI-PURPOSE SOLUTION)
Kebiasaan yang saya beli ialah sekotak (mengandungi 3 set & sesuai untuk penggunaan 3 bulan - tak kisah tak berturut-turut pun) berharga RM 50 (kalau ada promosi) dan RM 60 (nett price). Kenapa saya letakkan ‘harga’ di tajuk hujung-hujung? Sebab saya dah pilih selesa dan selamat di tempat teratas, maka pilihan yang ada tetap berkualiti ;) Harga yang dinyatakan bagi saya tak mahal dan mampu milik untuk pelajar sekalipun. InsyaAllah.


Bagi beginner, selalunya cairan pembersih a.k.a solution ada diberi sekali waktu beli kanta lekap tu. Mungkin ada penambahan harga sikit. Palet (tempat menyimpan kanta lekap - yang berbentuk nombor 8 tu) pula dapat percuma je kot ;) bodek-bodek la sikit. Hihi.


MULTI-PURPOSE SOLUTION
Inilah istilah yang saya sering gunakan kalau nak beli solution saya yang dah habis. Tak tahulah kalau ada istilah lain yang lebih canggih. Tapi, kalian perlu peka pada bottle description tu. Pernah jadi sekali tu, diberinya pada saya solution untuk kilatkan cermin mata. Hehe. Jawabnya berkilatlah anak mata saya nanti. Sebut perkataan contact-lenses, ok. Mujur sahaja sempat tengok. Alhamdulillah, segera minta tukar. Harga solution untuk cermin mata lebih murah. Selalunya solution untuk kanta lekap ni bagi botol kecil dalam RM 5 sahaja. Motif saya guna botol kecil? Baca selanjutnya hehe. Jangan lupa alert pada tarikh luputnya juga ya :)


PEMAKAIAN
Ingat, gunalah ikut keperluan. Jangan tinggalkan langsung cermin mata anda kerana tempoh selamat dan selesa memakai kanta lekap ialah 8 - 10 jam untuk hari yang sama. Selang selikan pemakaian supaya mata anda tidak kelihatan letih. Macam beauty consultant pula ya? Hehe. Ini kebenarannya. Bagi satu kotak kanta lekap yang saya selalu beli, selalunya bertahan 6 - 8 bulan. (Ini adalah sebab saya guna solution botol kecil, hehe) Saya selalu selang selikan bulan pemakaian kanta lekap dan cermin mata saya. Alhamdulillah kesan pada mata saya, power mata saya jadi seimbang dan terkawal serta tiada masalah pening-pening ;)


Sehari jangan lebih 8 jam ok? Lebih-lebih lagi jika kalian mempunyai rabun silau. Penggunaan sehingga malam yang mana mendedahkan mata kalian kepada cahaya lampu yang terang lebih membuatkan pandangan kalian mengembang. Just my two cents ;)


Peringatan akhir saya … bawalah palet menyimpan kanta lekap yang telah kalian letakkan solution baru di dalamnya ke mana-mana sahaja kalian pergi. Alasan saya berkata demikian, mata sangat sensitif kepada habuk, walaupun yang sangat kecil. Sekiranya mata kalian rasa tak selesa + gatal, jangan garu tapi segerakan buka kanta lekap dan rendamkan ke dalam palet yang ada solution bersih tadi.


Finally! I wish all of you, happy trying & enjoying the benefit of clear views! Praise be to Allah for giving me good eye-sight ;)


Muhasabah diri ya, kalian masih boleh melihat cuma berkurang sedikit ni’matnya. Banyak-banyakkan bersyukur. Alhamdulillah! 



Setakat ini dulu ‘penglipurlara’ berkongsi kisah dan pengalaman kecil tentang kanta lekap. Semoga bermanfaat dan mohon maaf jika terlalu panjang (meletihkan mata kalian hehe). InsyaAllah, until we meet again in the next entry. Wallahua’lam …


Barakallahu fiikum jami’an! Sayang kalian. Spread love!